Tuesday, 16 July 2013

5 Tips & Gambar Bagaimana Untuk Mengelak Saman Parking Kereta?

Penulis ingin membongkar rahsia bagaimana untuk mengelak kenderaan korang dari disaman parking. Tempat parking adalah satu keperluan bagi setiap kawasan dan tempat - tempat tumpuan. Jika tempat parking ini tidak disediakan secukupnya, mulalah pihak berkuasa hendak menyaman mereka yang parking tidak pada tempatnya. Pasti korang bengang bukan, baru parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin depan. Rasa nak makan - makan je surat tu..Jadi ini adalah jalan penyelesaian buat korang.



Cara Pertama:

Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana kereta anda berada di luar kotak parking.



Cara Kedua:

Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.


 Cara Ketiga:

Lakukan double parking dengan meletakkan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.

Cara Keempat:

Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman anda kerana kereta anda berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.



Cara Kelima:

Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam.



Cara Keenam:

Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun.

Saturday, 13 July 2013

Denda Potong Jari Kalau Degil

Kalau korang masuk geng Yakuza, jangan degil-degil sangat tau. Kalau tak, nanti kena potong jari sebagai hukuman. Oucchh... Bile jari dah takde, tak nampak macho la kan. Lebih-lebih lagi kalau dah jadi geng Yakuza. So.. kena la beli jari palsu. Lagi banyak nakal, lagi banyak kena potong jari. Jadi.. Jangan nakal-nakal sangat yea. Hehehe..








di copy dari @telordibasuh