Satu malam Jumaat Keliwon yang gelap sebab lampu jalan rosak, bulan menyorok di balik awan, suara anjing mendayu-dayu. Ketika tu Ajoi dan Sumardi baru balik dari kenduri tahlil arwah.
Ajoi: Wak..
Sumardi: yup..
Ajoi: Aku ada bawak balik karipap nih tadi, jom makan dulu kat taman tu! (sambil mengeluarkan 2 biji karipap)
Sumardi: Emm ok juga aku pun ada tapau air oren ni
Ajoi: Ok kita share2
Ajoi: Jangan lupa baca doa dulu wak!
Sumardi: Doa apa?
Ajoi: Doa sebelum makan la … Kan tiap pagi Ustazah ajar doa tu…
Sumardi: wokay..
Kemudian Sumardi & Ajoi, dua sahabat yg berumur lima tahun yang bersekolah di tadika Pasti ini membaca doa, kemudian makan karipap tadi dgn hati gembira.
Sumardi: Joi, malam ni kan malam jumaat, cerita hantu kat TV3 kata malam jumaat banyak hantu keluar merayap, jom la balik seram la pulak.
Ajoi: Jomlah aku pun tetiba teringat hantu kak limah balik rumah.Awieee..
Diaorang pun berjalan dengan cepat sambil mata liar melihat kiri-kanan. Secara kebetulan seekor pocong sedang bersiar terlompat-lompat, malam jumaat la katakan…
Di lorong yg sepi, Sumardi& Ajoi disergah pocong tadi yang mukanya menakutkan, mata terkeluar sebelah, kotor, serta badannya bau super hampeh..
Pocong: Hihihihi makan budak…! Hihihihi… *mengilai seram giler*
Sumardi & Ajoi menggigil ketakutan, sehingga tidak boleh bersuara apalagi lari.
Sumardi: Joi, aku takuuttt..
Ajoi: *berbisik* Ustazah kata, syaitan takut dengan doa, jom kita baca doa …
Sumardi: Ok..
Oleh kerana doa yg mereka hafal cuma doa sebelum makan, merekapun berdoa dgn suara lantang:
Sumardi+Ajoi: BISMILLAHIROHMA NIRROHIM…ALLAHHUMA BARIKLANAA FIMA ROZAKTANAAWAQINAA ADZABBANNARR..
AAMIIN…
Selepas mendengar doa itu, Pocong tadi terus lompat2 lari dengan pantas:
“Ngerisnyaaaaa! Seumur gua jadi pocong, baru kali ini gua nak dimakan oleh budak kecik..! Budak-budak zaman internet sekarang ni, tak dapat bezakan pocong dengan karipap…!!”
No comments:
Post a Comment